Monday, February 21, 2011

DOA PENYERI MUKA~

1. Jika anda inginkan muka berseri perlulah membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik-baiknya selepas solat)
Maksudnya:
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku)

2. Kemudian setelah membaca surah tersebut teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
Maksudnya:
“dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.”

PERINGATAN:
a. Baca 3 kali kemudian sapu pada muka anda.
b. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang sukar dapat jodoh.
c. Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf.

Friday, February 18, 2011

Skim latihan khas bagi siswazah menganggur


17/07/2010 1:55pm


SEGAMAT – Kerajaan hari ini melancarkan satu skim latihan khas bagi melengkapi para siswazah yang baru menamatkan pengajian dan yang masih menganggur dengan kemahiran yang diperlukan oleh industri sejajar dengan matlamat Model Baru Ekonomi (MBE) untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, melalui skim dikenali sebagai Program Kebolehpekerjaan Siswazah (PKS) itu, para siswazah bukan sahaja berpeluang meningkatkan peluang masing-masing bagi mendapatkan pekerjaan, tetapi juga menjadi lebih inovatif dan kreatif, sejajar dengan matlamat MBE.
Katanya, RM10.5 juta telah diperuntukkan bagi menjayakan skim itu, yang akan dikendalikan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) di bawah kementerian berkenaan.
“Matlamat PKS ialah untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan siswazah bagi menjadikan mereka lebih bersedia untuk memasuki pasaran kerja yang menawarkan gaji lebih tinggi, di samping membantu siswazah yang kurang bernasib baik dalam mendapatkan pekerjaan kerana ketiadaan kemahiran,” katanya ketika melancarkan skim itu di sini.
Ketika memperkenalkan MBE Mac lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, MBE akan menjadikan Malaysia lebih berdaya saing di peringkat serantau dan global melalui faedah yang dibawanya kepada semua rakyat Malaysia apabila pendapatan per kapita mereka meningkat daripada AS7,000 sekarang kepada AS$15,000 menjelang akhir dekad ini.
Subramaniam berkata, siswazah yang berminat menyertai skim itu boleh memuatkan turun borang permohonan dengan melayari laman web www.hrdf.com.my atau menghantar permohonan masing-masing kepada PSMB. – Bernama

Wednesday, February 16, 2011

maulidur rasul~

Maulidur Rasul adalah suatu hal yang amat digalakkan sebagai wasilah bagi melahirkan kecintaan dan kerinduan kepada baginda Nabi Muhammad. Mengapa kita wajib mencintai Rasulullah? Kerana baginda sememangnya wajar untuk dicintai dan dikasihi. Hal ini ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam firmannya yang bermaksud:

Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu nabi-nabi, para shiddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itu teman yang sebaik-baiknya – (surah an-Nisa’: ayat 69). 

Kita tidak perlu mempertuhankan baginda malah tidak juga disuruh berbuat begitu, namun apa yang Kita perlu hanya mengatakan bahawa baginda seorang hamba Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, Kewajipan umat baginda hanyalah mengarahkan perhatian kepada baginda dan mengikutinya dengan sebaik-baiknya.

Baginda pernah bersabda yang bermaksud: Janganlah kamu seperti orang-orang Nasrani yang menganggap nabi mereka, Nabi Isa putera Mariam sebagai Tuhan atau anak Tuhan.

Sesungguhnya aku hanyalah hamba Allah dan RasulNya.
Justeru, mencintai Rasulullah menjadi suatu keharusan dalam konteks iman. Ia menjadi prinsip, bukan pilihan suka atau tidak suka... Seorang Muslim perlu menyimpan rasa cinta kepada Nabinya, seberapa kecil sekalipun... Idealnya, mencintai Rasulullah lebih daripada segala sesuatu yang dia miliki, bahkan dirinya sekalipun. 

Dan itulah pada hakikatnya iman yang paling sempurna.
Sabda Nabi yang bermaksud: Tidak beriman seseorang sehingga aku (Nabi) lebih dia cintai daripada dirinya sendiri.
Nah apa yang ditunggu lagi.. Marilah sahabat-sahabat sekalian menghidupkan sambutan Maulidur Rasul dengan penuh rasa penghayatan dijiwa