Sunday, November 27, 2011

Menginsafi diri, siapa kita dan kepada siapa kita kembali

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:


ⅰ- Pemimpin yang adil.


ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.


ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.


ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.


ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".


ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).


ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.




✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.


✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.


✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.


✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.


✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :


ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.


ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.


ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.


(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.




Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.








☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Friday, November 25, 2011

Pergi Tak Kembali







Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir

Dunia yang fana akan ditinggalkan

Hanya amalan yang dibawa


Terdengar sayup surah dibaca

Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi



Assalamualaikum..

Aku yakin semua orang pernah dengar lagu ni. Lagu ni best. Dan yang paling penting, betul-betul mendatangkan keinsafan dalam diri. 5 tahun lepas, bila aku dengar lagu ni, aku akan jadi sebak, sedih dan menangis. And yet, I still feel the same things. Sebelum tu, bila dengar lagu ni just rasa macam 'wah, bestnya lagu nasyid ni'. Tapi bila ayah dah pergi, baru aku sedar maksud 'pergi tak kembali' tu. Keadaan nak menghadapi saat perpisahan tu bukan senang. Perpisahan antara kita dengan orang yang nak pergi tu pun dah cukup perit, apatah lagi nanti perpisahan antara nyawa dan jasad kita sendiri. Macam-macam mana pun, yang dah pergi tu memang takkan kembali. Tapi kita yang masih hidup ni masih boleh kirimkan doa untuk dia. Dan kita yang masih hidup masih boleh terus mencari ketaqwaan dan keredhaan Allah sebagai bekalan nanti, InsyaAllah..

Al-fatihah untuk arwah ayah dan arwah Ustaz Asri..







Friday, November 18, 2011

E-CLASS FROM MIE~





GUD LUCK MY FRENZ 4 DIS COMING MID-SEM EXAMINATION & OLSO 4 OUR THESIS + ASSIGNMENTZ..WE SHUD DO OUR VERY3 DA BEST IN DIS EXAM N ALL..HOPEFULLY ALL OF US CAN SUCCESS IN OUR FUTURE LYFE..GAMBATEINEE~ ~ ~ INSYAALLAH..WE WILL GET THE BLESSING FROM ALLAH IF WE WORKHARD TO ACHIEVE OUR GOAL..I'M STARTING TO THINK THAT I WILL MISS DIS STUDY TYME @ UNIVERSITY AFTER WE GRADUATE..HUHU..FEEL SAD OLREADY..BUT DUN WAN TO BOTHER BOUT IT RYTE NOW..BETTER WE STRIVE OUR DREAM FIRST..NGEE~ XP

.: MEANDTHEONLYME :.

Thursday, November 17, 2011

hujan????



“ alamak mendung dah… gelap nye langit… sure hujan lebat petang nh…” bisik hati tatkala memandang ruangan langit yang kian mendung dan gelap. Dah ternampak rintik-rintik hujan yang turun dari langit. Hati berdebar-debar “lebat ke hujan petang nh ea? Dah la bru jemur baju..aish redha je la”
Saat 2 musim hujan nh.. bukan boleh jangka, kadang hujan pagi..kadang2 malam & kadang2 petang bawa sampai ke malam @ mlam dibawa ke subuh.. dan masa2 mcam nh jugak bdak2 U,poli, kolej tgah dlm pertengahan semester len la bdak2 sekolah sume pakat nk cuti sekolah dah n silap2 dah ade yg tak jumpa alamat sekolah pas abis periksa akhir tahun. Pe nak jadi budak sekolah zaman skang nh.. tak tau ke tyme2 ujung2 tahun la paling syok.. sbb da xblajar sgt.. main je klu dtg sekolah 2… tyme2 2 jgk mcm2 permainan terprogram ngan sendiri nye, sbb sampai punye la xtau dah nak main ape..( 2 tyme zaman skolah den la.. hehehe) n mase cm nh mmg mak hangin je sbb rajin semacam g sekolah.. xpasal2 kne bg duit blanje.. “dri g skolah yang  x blajar,duk umah tlong mak lagi baik”..2 ayat2 bdk2 baik ala2 koi jgk tp koi upgrade sket lagi.. “ mleh duk umah sat g byk keje koi  buat t mak bosan lak xde keje nk wat dah… wawawa” kire koi nh merangkap ank misali + memahami hati ibu la..hahaha

ni la gayenye klu xtau jalan balik umah..hihi
Tapinye.. (xsuke  koi ngan ayt nh sape ntah yang programkan word nh..benci benor dengor nye..haish) arghhh tapinye ade koi kesoh kak esoh..hehe koi bkn nk share pasal dak sekolah yang x g skolah o dak skolah xjmpa jlan skolah o dak skolah xjmp jlan blik umah ( ada ke??? Mushkil..klu adepon mst pueh cikgu suh dy balik..haha)

 koi nk share pasal perasaan koi pada si hujan …waaaa halus je bunyi nye.. ala2 puisi sastera g2..tp bukan band HUJAN 2.. koi mmg xde ape2 gosip o skandal ngan mane2 ahli kumpln 2 ea.. baik dari noh,aizat,hafiz,dafi o alif..kiteorg mmg knal mlalui nme je..he2.. dah2 pe yang telah ku mengarutkan ini.. oh tidak.. kasihan jari jemari seni ku keletihan bershuffle di atas petak2 keyboard yang tersusun indah..( sape la yg design keyboard nh an..umm mushkil2) arrggghhhhh pe sume nh!!!! Ples straight 2 da point boleh..(dah ples ade boleh plak.. plik2 ayt mnusia skang nh..hik3)
piala harimau mengaum..AAUUMMMMM!!!!!
haha takut r 2..hihi

Yela koi nk start la nh.. begini permulaanya “ dimulakan dengan bismillah.. disudahi dgn…??? Alhamdulillah pandai pon.. klu yg xtau 2 mst hdup dlm gua..upsss terlebih sudah.. astarghfirullahalazim..
Hujan..sering kali kita dengar dan lihat akan kemusnahan atau kecelakaan dek kesah titisa hujan ini.. namun sedarkah kita wahai manusia akan kepentingan hujan ini pada alam?? Ceewaahh ala2 pidato piala harimau je..hek3

tyme hujan ,cmnipon bleh  tng jgk..
hoho..uppsss
yeee koi serius.. eherm2.. tyme2 kuliah cmni mmg la dugaan besor klu hujan.. ngantuk sokmo..tpnye ( ade jgk tpnye 2) klu tyme pnas2 terik pon still ngantuk jgk lam kuliah..plik kan?? Keajaiban kan?? 2lah klu jd student nh mmg mcm2 keajaiban alam kite jmp..hu3 ade yang ckp.. hujan nh leceh, sbb basah, terganggu nk wat pape xtvt luar,demam, jalan raye licin..mcm2 la.. tp tnpa kite sdar hujan 2 bnyk bgi manfaat kt kite,yela tyme2 cmni udara sejuk cm musim sjuk kt oversea xcaye tnye dak2 ovesea..kan da untung 2 xpayah g jaoh2..haha ( ayt org jlus xdpt pluang lg g oversea) lagi, klu yang xsempat siram pokok bunge 2 kompem2 cukup khasiat sume pokok kek umah 2 ha, yang xsempat cuci keto..free je kne cuci.. yg kasut bminggu2 xsempat nk basuh..mse nh la korang basuh.. g kt longkang2 o lekuk2 air 2 korg genyeh2 kaki xpon lg bgus bwak sbun siap2..save bajet bil air weh..( buang tebiat haha) t da balik tggu jmur je..wawawa yang paling best ever tyme hujan nh…ape lgi klu bkn tidoq.. tgok.. nikmatnye hujan nh.. 

heart in rain
penah x orang rase tenang je klu hujan nk trun.. sare sayu je.. dari start mula awan berarak2.. langit mnjadi semakin gelap..angin brtiaup kencang, dedaunan keguguran, burung layang2 berterbangan diangkasa seperti menanti-nanti kehadiran hujan.. dan hujan trun rintik2..tik..tik..tikk mengetuk jendela..memberi arahan kehadiranya..disusuli hujan lebat.. waahhh tenang nye..suasan yang sejuk dan dingin serta redup menyelubungi hari tiada terdengar bising kecuali bunyi air hujan yang turun menyuburi alam... terasa hilang segala resah,kesedihan seperti  satu rase tenang  yang menyuburi hati.. indahnya ciptaan ilahi.. alam itu terlalu dekat dengan kita untuk hadir menjadi penenang..kan kite ade dgr..y  tenang itu jagk dpt dimiliki dengan melihat keindahan alam ciptaan tuhan.. tak percaya cubalah..he3 sebab setiap org 2 berbeza kan..so myb hati anda tersentuh dengan ciptaan yang lain..  wallahualam ..

Angka 2012 Dalam Al-Quran ?

PENYELIDIKKAN DALAM SURAH AR-RAHMAN MENEMUKAN TARIKH 1433H (2012M) DAN RAKAMAN SESUATU YANG BAKAL BERLAKU.








السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hub...ungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999.




Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.






Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession". Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.






Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.






Penemuan 2012 dalam al-Quran






Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;




13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77








dan jumlahnya




13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433






merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana!




tetapi paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada dalam tahun 1432H (2011M), dan kita dapat mengandaikan Allah mungkin menunjukkan suatu kejadian pada tahun 1433H (2012M).




Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);




30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 days




sumber: http://www.islamicfinder.org/H​ cal/hdate_year.php?year=1433&b​ase=h






Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H(2012M).






Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.






Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.




Apakah Peristiwa Itu?




Apakah peristiwa penting itu? Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.
"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:






بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم


فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟
فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ




But if you don’t do it, and you shall never do it,
then beware The Fire for which Men and stones are its fuel; it is prepared for the unbelievers.
"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:




بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم


أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ
فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ


These are they who buy the life of this world for the hereafter,
so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.




" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]




بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم


قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ






Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.
//////////////////////////////​ //////////////////////////////​////////////


Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ILMU; dari sisi Kami.


( سورة الكهف , Al-Kahf, Chapter #18, Verse #65)






Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ILMU mengenainya.


( سورة النازعات , An-Naziat, Chapter #79, Verse #44)


//////////////////////////////​ //////////////////////////////​////////////








Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )






Wallahua'lam


~ AL-FARISI


kredit to blog  : sumber: http://www.facebook.com/#!/PendedahanKonspirasi


                      : http://arshad-terunadara.blogspot.com/