Thursday, December 8, 2011

SOLAT SELEPAS HAID - KESILAPAN WANITA!!

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..
Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

(Sumber dari teman-teman di facebook)

Sunday, November 27, 2011

Menginsafi diri, siapa kita dan kepada siapa kita kembali

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:


ⅰ- Pemimpin yang adil.


ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.


ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.


ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.


ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".


ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).


ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.




✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.


✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.


✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.


✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.


✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :


ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.


ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.


ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.


(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.




Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.








☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Friday, November 25, 2011

Pergi Tak Kembali







Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir

Dunia yang fana akan ditinggalkan

Hanya amalan yang dibawa


Terdengar sayup surah dibaca

Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi



Assalamualaikum..

Aku yakin semua orang pernah dengar lagu ni. Lagu ni best. Dan yang paling penting, betul-betul mendatangkan keinsafan dalam diri. 5 tahun lepas, bila aku dengar lagu ni, aku akan jadi sebak, sedih dan menangis. And yet, I still feel the same things. Sebelum tu, bila dengar lagu ni just rasa macam 'wah, bestnya lagu nasyid ni'. Tapi bila ayah dah pergi, baru aku sedar maksud 'pergi tak kembali' tu. Keadaan nak menghadapi saat perpisahan tu bukan senang. Perpisahan antara kita dengan orang yang nak pergi tu pun dah cukup perit, apatah lagi nanti perpisahan antara nyawa dan jasad kita sendiri. Macam-macam mana pun, yang dah pergi tu memang takkan kembali. Tapi kita yang masih hidup ni masih boleh kirimkan doa untuk dia. Dan kita yang masih hidup masih boleh terus mencari ketaqwaan dan keredhaan Allah sebagai bekalan nanti, InsyaAllah..

Al-fatihah untuk arwah ayah dan arwah Ustaz Asri..







Friday, November 18, 2011

E-CLASS FROM MIE~





GUD LUCK MY FRENZ 4 DIS COMING MID-SEM EXAMINATION & OLSO 4 OUR THESIS + ASSIGNMENTZ..WE SHUD DO OUR VERY3 DA BEST IN DIS EXAM N ALL..HOPEFULLY ALL OF US CAN SUCCESS IN OUR FUTURE LYFE..GAMBATEINEE~ ~ ~ INSYAALLAH..WE WILL GET THE BLESSING FROM ALLAH IF WE WORKHARD TO ACHIEVE OUR GOAL..I'M STARTING TO THINK THAT I WILL MISS DIS STUDY TYME @ UNIVERSITY AFTER WE GRADUATE..HUHU..FEEL SAD OLREADY..BUT DUN WAN TO BOTHER BOUT IT RYTE NOW..BETTER WE STRIVE OUR DREAM FIRST..NGEE~ XP

.: MEANDTHEONLYME :.

Thursday, November 17, 2011

hujan????



“ alamak mendung dah… gelap nye langit… sure hujan lebat petang nh…” bisik hati tatkala memandang ruangan langit yang kian mendung dan gelap. Dah ternampak rintik-rintik hujan yang turun dari langit. Hati berdebar-debar “lebat ke hujan petang nh ea? Dah la bru jemur baju..aish redha je la”
Saat 2 musim hujan nh.. bukan boleh jangka, kadang hujan pagi..kadang2 malam & kadang2 petang bawa sampai ke malam @ mlam dibawa ke subuh.. dan masa2 mcam nh jugak bdak2 U,poli, kolej tgah dlm pertengahan semester len la bdak2 sekolah sume pakat nk cuti sekolah dah n silap2 dah ade yg tak jumpa alamat sekolah pas abis periksa akhir tahun. Pe nak jadi budak sekolah zaman skang nh.. tak tau ke tyme2 ujung2 tahun la paling syok.. sbb da xblajar sgt.. main je klu dtg sekolah 2… tyme2 2 jgk mcm2 permainan terprogram ngan sendiri nye, sbb sampai punye la xtau dah nak main ape..( 2 tyme zaman skolah den la.. hehehe) n mase cm nh mmg mak hangin je sbb rajin semacam g sekolah.. xpasal2 kne bg duit blanje.. “dri g skolah yang  x blajar,duk umah tlong mak lagi baik”..2 ayat2 bdk2 baik ala2 koi jgk tp koi upgrade sket lagi.. “ mleh duk umah sat g byk keje koi  buat t mak bosan lak xde keje nk wat dah… wawawa” kire koi nh merangkap ank misali + memahami hati ibu la..hahaha

ni la gayenye klu xtau jalan balik umah..hihi
Tapinye.. (xsuke  koi ngan ayt nh sape ntah yang programkan word nh..benci benor dengor nye..haish) arghhh tapinye ade koi kesoh kak esoh..hehe koi bkn nk share pasal dak sekolah yang x g skolah o dak skolah xjmpa jlan skolah o dak skolah xjmp jlan blik umah ( ada ke??? Mushkil..klu adepon mst pueh cikgu suh dy balik..haha)

 koi nk share pasal perasaan koi pada si hujan …waaaa halus je bunyi nye.. ala2 puisi sastera g2..tp bukan band HUJAN 2.. koi mmg xde ape2 gosip o skandal ngan mane2 ahli kumpln 2 ea.. baik dari noh,aizat,hafiz,dafi o alif..kiteorg mmg knal mlalui nme je..he2.. dah2 pe yang telah ku mengarutkan ini.. oh tidak.. kasihan jari jemari seni ku keletihan bershuffle di atas petak2 keyboard yang tersusun indah..( sape la yg design keyboard nh an..umm mushkil2) arrggghhhhh pe sume nh!!!! Ples straight 2 da point boleh..(dah ples ade boleh plak.. plik2 ayt mnusia skang nh..hik3)
piala harimau mengaum..AAUUMMMMM!!!!!
haha takut r 2..hihi

Yela koi nk start la nh.. begini permulaanya “ dimulakan dengan bismillah.. disudahi dgn…??? Alhamdulillah pandai pon.. klu yg xtau 2 mst hdup dlm gua..upsss terlebih sudah.. astarghfirullahalazim..
Hujan..sering kali kita dengar dan lihat akan kemusnahan atau kecelakaan dek kesah titisa hujan ini.. namun sedarkah kita wahai manusia akan kepentingan hujan ini pada alam?? Ceewaahh ala2 pidato piala harimau je..hek3

tyme hujan ,cmnipon bleh  tng jgk..
hoho..uppsss
yeee koi serius.. eherm2.. tyme2 kuliah cmni mmg la dugaan besor klu hujan.. ngantuk sokmo..tpnye ( ade jgk tpnye 2) klu tyme pnas2 terik pon still ngantuk jgk lam kuliah..plik kan?? Keajaiban kan?? 2lah klu jd student nh mmg mcm2 keajaiban alam kite jmp..hu3 ade yang ckp.. hujan nh leceh, sbb basah, terganggu nk wat pape xtvt luar,demam, jalan raye licin..mcm2 la.. tp tnpa kite sdar hujan 2 bnyk bgi manfaat kt kite,yela tyme2 cmni udara sejuk cm musim sjuk kt oversea xcaye tnye dak2 ovesea..kan da untung 2 xpayah g jaoh2..haha ( ayt org jlus xdpt pluang lg g oversea) lagi, klu yang xsempat siram pokok bunge 2 kompem2 cukup khasiat sume pokok kek umah 2 ha, yang xsempat cuci keto..free je kne cuci.. yg kasut bminggu2 xsempat nk basuh..mse nh la korang basuh.. g kt longkang2 o lekuk2 air 2 korg genyeh2 kaki xpon lg bgus bwak sbun siap2..save bajet bil air weh..( buang tebiat haha) t da balik tggu jmur je..wawawa yang paling best ever tyme hujan nh…ape lgi klu bkn tidoq.. tgok.. nikmatnye hujan nh.. 

heart in rain
penah x orang rase tenang je klu hujan nk trun.. sare sayu je.. dari start mula awan berarak2.. langit mnjadi semakin gelap..angin brtiaup kencang, dedaunan keguguran, burung layang2 berterbangan diangkasa seperti menanti-nanti kehadiran hujan.. dan hujan trun rintik2..tik..tik..tikk mengetuk jendela..memberi arahan kehadiranya..disusuli hujan lebat.. waahhh tenang nye..suasan yang sejuk dan dingin serta redup menyelubungi hari tiada terdengar bising kecuali bunyi air hujan yang turun menyuburi alam... terasa hilang segala resah,kesedihan seperti  satu rase tenang  yang menyuburi hati.. indahnya ciptaan ilahi.. alam itu terlalu dekat dengan kita untuk hadir menjadi penenang..kan kite ade dgr..y  tenang itu jagk dpt dimiliki dengan melihat keindahan alam ciptaan tuhan.. tak percaya cubalah..he3 sebab setiap org 2 berbeza kan..so myb hati anda tersentuh dengan ciptaan yang lain..  wallahualam ..

Angka 2012 Dalam Al-Quran ?

PENYELIDIKKAN DALAM SURAH AR-RAHMAN MENEMUKAN TARIKH 1433H (2012M) DAN RAKAMAN SESUATU YANG BAKAL BERLAKU.








السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hub...ungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999.




Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.






Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession". Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.






Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.






Penemuan 2012 dalam al-Quran






Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;




13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77








dan jumlahnya




13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433






merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana!




tetapi paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada dalam tahun 1432H (2011M), dan kita dapat mengandaikan Allah mungkin menunjukkan suatu kejadian pada tahun 1433H (2012M).




Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);




30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 days




sumber: http://www.islamicfinder.org/H​ cal/hdate_year.php?year=1433&b​ase=h






Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H(2012M).






Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.






Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.




Apakah Peristiwa Itu?




Apakah peristiwa penting itu? Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.
"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:






بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم


فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟
فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ




But if you don’t do it, and you shall never do it,
then beware The Fire for which Men and stones are its fuel; it is prepared for the unbelievers.
"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:




بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم


أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ
فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ


These are they who buy the life of this world for the hereafter,
so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.




" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]




بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم


قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ






Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.
//////////////////////////////​ //////////////////////////////​////////////


Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ILMU; dari sisi Kami.


( سورة الكهف , Al-Kahf, Chapter #18, Verse #65)






Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ILMU mengenainya.


( سورة النازعات , An-Naziat, Chapter #79, Verse #44)


//////////////////////////////​ //////////////////////////////​////////////








Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )






Wallahua'lam


~ AL-FARISI


kredit to blog  : sumber: http://www.facebook.com/#!/PendedahanKonspirasi


                      : http://arshad-terunadara.blogspot.com/

Saturday, October 29, 2011

Pelajaran Kehidupan


Assalamualaikum.

Selamat hujung minggu. Apa korang buat hujung minggu ni? Bercuti? Enjoy? Shopping? Buat esaiman/report/proposal? Or tak buat apa-apa? Tak kisah apa pun yang korang buat asalkan perkara itu memberi kebaikan kepada korang:)

Kali ni aku cuma nak kongsikan sebuah hadis yang aku baru baca dalam buku "U TURN KE JALAN LURUS" karangan Zul Ramli M.Razali.


Berfirman Allah Taala yang bermaksud:

"Aku naik saksi terhadap zat-Ku sendiri bahawa sesungguhnya tiada Tuhan kecuali Aku yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Ku dan Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Ku.

Barang siapa yang tidak redha atas ketentuan-Ku, tidak sabar atas ujian yang Aku timpakan, tidak bersyukur atas atas nikmat-Ku dan tidak memadai dengan pemberian-Ku, sembahlah Tuhan selain dari Aku.

Barang siapa yang berpagi-pagi dengan perassan dukacita terhadap kehidupan dunianya, seolah-olah dia itu berpagi-pagi dalam keadaan memarahi-Ku. Barang siapa membantah atas musibah yang Aku timpakan kepadanya, sesungguhnya dia telah membantah-Ku.

Barang siapa bertemu dengan orang kaya lalu merendah diri kerana kekayaannya, maka berkuranglah 2/3 daripada agamanya. Barang siapa yang memukul mukanya kerana meratapi mayat, seolah-olah dia mengambil panah untuk membunuh-Ku. Barang siapa yang mematahkan kayu di atas kuburan kerana meratapi kematian, seolah-olah dia menghancurkan pintu Kaabah-Ku dengan tangannya.

Barang siapa yang tidak menghiraukan dari jalan mana dia memperoleh makanan (halal atau haram), maka Allah juga tidak akan hiraukan untuk memasukkannya melalui mana-mana pintu neraka. 

Barang siapa yang tidak meningkatkan agamanya, maka dia orang yang kurang, maka mati itu lebih utama baginya.

Barang siapa yang tidak mengamalkan apa-apa yang dia tahu nescaya Allah akan mengurniakannya ilmu yang dia tidak tahu. 

Barang siapa yang memanjangkan angan-angannya, tidak ikhlas akan amalannya."

(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali:  
al-Mawa'iz Fil  Ahadis  al-Qudsiah)


Kita hanyalah satu titik yg lebih kecil dari skala 'pico' yang menumpang di alam ciptaan-Nya.


MasyaAllah..

Kita hanyalah hamba yang lemah. 

Setiap hamba pasti akan diuji. Ujian tu menunjukkan yang Allah masih sayang kan kita. Cuba kalau kita tak pernah diuji. Mesti kita akan lalai dengan dunia kan? Tak ingat nak cari Allah, sedangkan Dia yang bagi semua nikmat dan kesenangan yang kita nikmati masa tu. So, hubungan kita dengan Allah pun makin jauh. Sebab tu Dia uji kita, sebab nak kita sentiasa dekat. Jadi walaupun hakikat sebenar untuk jadi seorang yang sabar tu susah, kita kena cuba, kena usaha. Allah tak tengok hasil yang kita dapat, tapi Dia tengok usaha. Kat situ la kita boleh tengok setakat mana kita sabar dan syukur dangan ujian dan nikmat-Nya.

Agak-agak ada tak orang yang bangun pagi tanpa berdukacita terhadap kehidupan dunia dia? Ermm, aku rasa ada. Tak kisah lah tu, ada satu fakta, waktu pagi adalah waktu untuk perkukuhkan minda, emosi dan hati. And tidur lepas subuh tak elok. Aku rasa ramai yang tahu pasal ni kan? So, kalau kita bangun pagi-pagi je dah serabut dengan macam-macam urusan dunia yang mendukacitakan, secara tak langsung minda, hati dan emosi kita pun jadi tak stabil sebab kita dah mengurangkan sifat redha pada ketentuan Allah untuk kita. Sepatutnya bangun pagi-pagi ucapkan syukur pada Allah sebab boleh sedut oksigen yang Dia bekalkan dan berdiri kat bumi milik Dia. Tak gitu? Fikir-fikirkanlah.. 

Yang pasal mengagumi kekayaan/kelebihan orang lain ni boleh refer kat sini


Anda pernah kehilangan orang yang anda sayang? Macam mana rasanya? Sedih kan? Sakit kan? Tapi itu lumrah hidup. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Aku pun ada pengalaman tu. Tapi masa tu aku tahu aku tak boleh meratapi pemergian arwah ayah aku. Umi aku dah pesan,jangan meratap. Bermulanya mayat itu diazab dalam kuburnya sebab diratapi ke atasnya (Riwayat al-Bukhari). Kalau menangis pun sekadar mengalirkan air mata, ia dibolehkan kerana Rasulullah S.A.W juga mengalirkan air matanya apabila anaknya Ibrahim meninggal. Jadi, aku harap nanti korang kuat sekiranya diuji dengan kematian orang yang korang sayang. Tak bermakna kita tak menangis beria-ria tu kita tak sayang kan. Kalau betul-betul sayang, ingat dia dalam doa kita 5 kali sehari, itu yang terbaik.


Sebenarnya, bumi Allah ni sangat luas untuk kita cari rezeki/makanan yang halal. Bergantung kat diri sendiri je. Makanan adalah keperluan jasmani kita, manakala ibadah adalah keperluan rohani kita. Sabda Rasulullah S.A.W: Demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya soerang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya 40 hari (riwayat Tabrani). Jadi, kalau kita makan makanan yang haram, hanya badan kita yang mendapat keperluanya, tapi hati kita 'kelaparan' sebab ibadah tak diterima. Dan sebagai pelajar, kita wajib jaga makanan yang masuk perut kita. Kalau dah termakan makanan haram/sumbernya haram, ibadah kita dah tak diterima, hati jadi gelap, belajar susah nak masuk. And then sibuk duk salahkan subjek tu susah nak mati. Related kan?

Semua orang semakin meningkat umur. Errr, ke ada yang tahun ni umur dia 21, tahun depan jadi 20? I pun nak kalau macam tu..huhu. Secara umum, selari dengan pertambahan umur,maka sepatutnya ilmu, kefahaman, penghayatan dan pengamalan agama juga perlu meningkat. Dunia ni kan hanya persinggahan. Jadi peningkatan amalan kita adalah sebagai bekalan untuk akhirat nanti. InsyaAllah. Begitu juga dengan ilmu pengetahuan untuk kita hidup kat dunia ni pun kena ada peningkatan supaya maju. Kalau niat tuntut ilmu tu kerana Allah pasti dapat pahala.Tapi kalau ada ilmu tak amal tak guna jugak. Jaminan Allah untuk bertambah ilmu seseorang ialah dengan cara mengamalkan setiap yang dia ketahui. 

Anda kuat berangan? Berangan tu boleh, tapi disebalik angan-angan tu kena la ada usaha nak capai angan-angan tu. Jangan la berangan benda yang takde faedah. Contohnya,korang sedang tunggu bas nak balik kolej, then ada sebuah Honda Accord lalu depan korang. Wah! Giler smart Honda Accord tu. Pas tu anda pasang angan-angan satu hari nanti nak beli Honda Accord jugak. Nak beli Honda Accord kena dapat kerja yang mantap dulu. Nak dapat kerja mantap, kena dapat PNGK mantap. Nak dapat PNGK mantap kena belajar dengan mantap. So, sampai je kolej terus study. Haa, angan-angan yang macam ni bagus. Kalau dah ada usaha, bukan setakat Honda Accord, kapal selam pun boley *saje nak guna contoh Honda Accord sebab sekarang tengah minat Honda Accord ("-_-)*. Cuma ingat la, jangan berangan sampai lalai  pada tanggungjawab kita yang lain.

p/s: Sekadar perkongsian dan ingatan untuk diri sendiri juga.


p/s 2: farah/nisa ada tajuk yg sesuai? tukar la kalau ada..heee :D

Thursday, October 27, 2011

Aiskrim sedap..ada lemak BABI...hati-hati..

Kredit to blog Kod Lemak Babi n  blog idup mesti berani...


Assalamualaikum dear blogy... Saya bersama roomate baru sahaja menikmati eskrem WALLS MAGNUM...memandangkan tekak tiba2 mengidam eskrem....tengah-tengah menikmati keindahan rasa eskrem (mahal kot...RM3.90 kedai aney cekik darah)..tetiba mata ni sibuk nak mencari tanda halal...alamak takda pulak..masa beli tadi macam ada....terkejung urat saraf buat seketika.....mata melilau mencari ingredientnya pulak...aissshhh manyaknye kod E....ok fINE!!!!...


"ekin...jom balik bilik cepat...nak search kod E kat eskerm ni halal atau tidak......


finally..........oh tidak!!! aku da habis makan da!!!!!!!....aiskrim Magnum mengandungi kod E471..yg memang sudah disahkan ketidakhalal nya..


Benarkah kod-kod tersebut menunjukkan makanan tersebut mengandungi babi???..ni yang saya dapat dari satu blog ....yang dok cita kisah betol pasal lemak-lemak binatang haram ni


In nearly all the western countries including Europe, the primary choice for meat is pig. There are a lot of farms in these countries to breed this animal. In France alone, Pig Farms account for more than 42,000. Pigs have the highest quantity of fat in their body than any other animal. The following report by a medical practitioner reveals the extent to which pig fat might be unknowingly consumed by Muslims throughout the world.One of my friends, Shaikh Sahib works in Pegal, France, in the Department of Food. His work is to register all makes of goods, foods and medicines. Whenever any company is putting something in the market, its ingredients have to be approved by the Department of Food, France, and as Shaikh Sahib works in the Laboratory Quality Control, he knows about the ingredients. Many of these ingredients contain scientific names, but some have mathematical names, like E-904, E-141. At first, when Shaikh Sahib came across them, he was curious and asked his Department Incharge, who was a French, and he replied, Just do your job. Dont ask questions. This aroused suspicion in Shaikh Sahibs mind and he started looking-up for them in the files. What he found was enough to astonish any Muslim in the world. In nearly all the western countries including Europe, the primary choice for meat is pig. There are a lot of farms in these countries to breed this animal. In France alone, Pig Farms account for more than 42,000. Pigs have the highest quantity of fat in their body than any other animal. But Europeans and Americans try to avoid fats. Thus, where does the fat from these pigs go? All pigs are cut in slaughter houses under the control of the department of food and it was the headache of the department of food to dispose of the fat removed from these pigs. Formally, it was burnt (about 60 years ago). Then they thought of utilizing it. First, they experimented it in the making of soaps and it worked. Then, a full network was formed and this fat was chemically processed, packed and marketed, while the other manufacturing companies bought it. In the meantime, all European States made it a rule that every Food, Medical and Personal Hygiene product should have the ingredients listed on its cover. So, this ingredient was listed as pig fat. Those who are living in Europe for the past 40 years know about this. But, these products came under a ban by the Islamic countries at that time, which resulted in a trade deficit. Going back in time, if you are somehow related to South East Asia, you might know about the provoking factors of the 1857 Civil War. At that time, rifle bullets were made in Europe and transported to the sub-continent through the sea. It took months to reach there and the gunpowder in it was ruined due to the exposure to sea. Then, they got the idea of coating the bullets with fat, which was pig fat. The fat layer had to be scratched by teeth before using them. when the word spread, the soldiers, mostly Muslim and some vegetarians, refused to fight. This eventually lead to the Civil War. The Europeans recognized this fact, and instead of writing pig fat), they started writing animal fat. All those living in Europe since 1970s know this fact. When the companies were asked by authorities from the Muslim countries, what animal fat is it, they were told it was cow and sheep fat.


Here again a question arose, if it was cow or sheep fat, still it is haram to Muslims, as these animal were not slaughtered as per the Islamic law. Thus, they were again banned. Now, these multinational companies were again facing a severe drought of money as 75% of their income comes from selling their goods to Muslim Countries, and these earn billions of Dollars of profit from their exports to the Muslim world. Finally they decided to start a coding language, so that only their Departments of Food Administration should know what they are using, and the common man is left lurking in the dark. Thus, they started E-Codes. These E-Ingredients are present in a majority of products of multinational firms including, but not limited to - tooth paste, shaving cream, chewing gum, chocolate, sweets, biscuits, corn flakes, toffees, canned foods, fruit tins, and some medications like multi-vitamins. Since these goods are being used in all Muslim countries indiscrimately, our society is facing problems like shamelessness, rudeness and sexual promiscuity. So I request all Muslims to check the ingredients of the items of daily use and match it with the following list of E-Codes. If any of the ingredients listed below is found, try to avoid it, as it has got pig fat. E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904. It is the responsibility of each and every Muslim to follow the Islamic path and also keep his fellow followers informed of anything that he comes across. May Allah help us lead a halal life. (Contribution courtesy: Ayesha Siddiqua, Gulbarga)


Source: Young Muslim Digest, March 2005


E471......tolong sebarkan E471 iaitu kod yang dah disahkan haram oleh persatuan pengguna Islam (ada lemak babi). begitu juga dengan sosej. masih belum boleh dimakan kecuali sosej yang dikeluarkan oleh ramly dan ayamas sahaja...... please sebarkan pada kekngkawan Islam yang lain. memang ada tanda halal... tapi tanda halal boleh didapatkan dimana-mana jer. cara rasuah pun boleh dapat.... please... makanan haram punca masalah keruntuhan akhlak umat islam sekarang...hati jadi keras. sembahyang pun tuhan tak terima... apalagi bila jadi darah daging. mudah terima agama yang lain. sebab tu sekarang ramai murtad.... banyak babi dalam badan... please... please... sebarkan... Next time when you go shopping try to look at products such as biscuits, rusks, cereal based food and baby food, they might contain E 471 and E 472 E 471 and E 472 are mono and diglyceride fatty acid.

Tuesday, October 25, 2011

***renungan bersama***

salam 1 ukhwah..

ermm...sbnarnye saya x brape nk reti utk mengarang nie..tp bleh la sket2..lps sy bace cik iela nye penulisan..terdetik sekejap...'wow! hebat penulisan dy..sume ade related n pengajaran'..hee..mcm 2 la =)gud job my fren~

pe yg sy nk coretkan d cni pd arini adalah..manusia i2 selalunye alpa akan duniawi bkn kadang-kadang ag..dh slalu dh jadinye..sy bkn nk tujukan pd org laen shj..tp sy sendri mengaku yg sy nie pon bkn nye baek sgt n slalu alpa ngan duniawi yg terlampau melalai kan diri sendiri..ade mase tertentu kt alpa dgn kerja seharian..ade juga kt alpa dgn keseronokan dunia..ade juga kt alpa dgn org sekeliling kt..segala2nya kt menjadi alpa sekiranya kt tdk mengingati antara satu sama laen..jika x ade org yg nk tlg ingatkan kt..maka kt ingatkan lah dri sendri..fikir lah semua yg kt lakukan dan walau ape yg kt lakukan di atas muka bumi ciptaan Allah ini hanyalah demi Allah yg Maha Esa..insyaAllah segala perkara yg kt lakukan mahupun apa yg kt ingin capai diberkati dan berjaya dilakukan dgn cemerlang..sy pon tgh cuba menuju ke arah i2..sy berharap Allah S.W.T membuka hati sy lebih ke arah i2..begitu juga kpd sume umat islam yg ade di dunia ini..insyaAllah


perhatian dan teguran secara berhemah yg diberikan oleh org sekeliling juga perlu..hal ini krn kwn mahupun ahli keluarga adalah insan yg plg rapat dgn kt dan lebih memahami siapa dri kt yg sebenarnya..smoga dgn ada nya teguran yg bermanfaat i2,kt sbg umat islam tidak akan alpa akan apa yg kt cuba lakukan sama ada baek ataupun buruk..berfikir secara rasional dan berpandukan panduan jln hidup yg benar dpt mendorong kt ke arah keredhaan-NYA..

sudah cukup kah iman kt di dada? baek sudah kah akhlak kt? ilmu yg ada sudah cukup kah? segala persoalan boleh terlintas di minda..tapi kt x perlu takut utk menuntut ilmu yg kt rasakan kurang dlm diri kt..jgn malu utk memperbaiki diri sendiri..slalulah memotivasi kan diri kt supaya tdk hanyut dgn godaan dan bisikan syaitan yg slalunya bermaharajalela di saat kt keseorgn berkhayal memikirkan perkara2 yg tdk sepatutnya..kt perlu juga cuba belajar mengingatkan dri bhw Allah i2 berada di mana2 dan Maha Mengetahui akan segala perbuatan yg kt lakukan tdk kire perbuatan yg BAIK mahupun JAHAT..smoge Allah memelihara hati dan fikiran kt drpd melakukan perbuatan2 yg terkutuk lagi dilarang oleh-NYA..amin...



ermm..bile pk2 kan blk apa yg sudah kt lakukan selama kt hidup nie, mmg sedeyh je ase..mungkin arini kt menyesal bile memikirkan semua i2 dan mungkin kt akan lupakan keinsafan dri pada keesokkan harinya..tp jgn sesekali putus asa utk menjadi lebih baik pd stp ari..mungkin tindakan kt lambat sedikit dr org lain tp jgn mudah mengalah..utk menjadi yg terbaek tdk semestinya trus melompat dr tangga yg plg bwh trus ke tangga yg teratas..umpama seorang bayi yg kecil dimana masih bertatih utk belajar berjalan mahu berlari seperti pelari no 1 dunia..satu benda yg mustahil walaupun ade kemungkinan yg sgt33333333 tipis..perubahan secara mendadak juga berkemungkinan tinggi tdk akan kekal krn hati yg tdk cukup ikhlas..biarlah secara merangkak atau mengengsot sekali pun..asalkan kt ada usaha utk berubah ke arah yg lbh baek TAPI jgn pula kt mengengsot ke blkg mahupun secara statik..kt perlulah bergerak ke hadapan..niat kerana Allah merupakan satu elemen yg penting dlm prubhn dri yg berjaya..dgn adanya niat..kt mempunyai matlamat dan merupakan satu garis panduan bagi kt utk melakukan sesuatu perkara dan perubahan yg dilakukan i2 insyaAllah akan kekal dgn niat dilakukan demi Allah S.W.T.

dgn adanya muhasabah dri secara berterusan akan sentiasa menyedarkan kt bhw kt sbg umat islam masih byk lagi perkara yg perlu kt pelajari dan amalkan serta byk lagi perkara yg kt perlu baiki bg menjadi salah seorg umat islam yg cemerlang d dunia dan akhirat..marilah same2 kt bermuhasabah dan memperbaiki dri kt sendri...insyaAllah~

p/s : if ade pape tersalah kate atau menyentuh hati..sy minta maaf byk2..pada sesape yg mengenali diri ini..sejuta kemaafan dipohon selama usia perkenalan kt sama ada kesalahan yg sedar mahupun tdk sedar..mnx maaf ye sahabat2 =)

.:meandtheonlyme:.

Sunday, October 23, 2011

Bahagianya Dia..Bertuahnya Dia..


Salam..
Hello people..


Anda semua sihat? Anda semua bahagia? Anda semua gembira? Anda semua menikmati hidup dengan penuh ceria? Aku doakan korang semua bahagia. 




Bagi aku, bahagia ni subjektif. Macam orang kata 'cantik itu subjektif'. Ada orang walaupun dia tak punya apa-apa tapi dia bahagia. Ada orang yang punya segalanya dan sangat berbahagia. Ada orang yang rasa bahagia bila disayangi. Ada orang yang rasa bahagia bila dia dapat apa yang dia nak. Ada orang yang rasa bahagia bila tengok orang lain bahagia. Ada orang yang rasa bahagia bila berjaya. Subjektif kan? Tak semua orang bahagia atas sebab yang sama. 


Pernah tak bila korang tengok orang sekeliling korang dan terdetik di hati 'wah, bahagianya dia' @ 'wah, bertuahnya dia'. Contohnya bila tengok kawan korang ada 1 set lengkap iPod, iPad, dan iPhone? Then terdetik kat hati 'ni kalau aku dapat semua tu mesti aku la orang yang paling bertuah kat dunia ni'. Tapi betul ke korang bertuah? Maybe la, kalau semua tu dapat free, sape tak rasa bertuah kan? Tak pun kalau korang tengok pakwe kawan korang handsome giler macam Alex Pettifer. Mesti terdetik 'bertuah giler minah ni dapat pakwe handsome. Kalau aku la yang dapat, mesti bahagia giler kuasa dua'. Ye lah tu. 


Ini Alex Pettifer :)
Bagi aku, bahagia tu tak terletak pada kelebihan yang orang lain ada. Tapi bahagia tu terletak pada kesyukuran kita pada apa yang kita miliki dan cara kita terima apa yang kita ada dengan rela hati. Macam yang aku cakap awal-awal tadi, bahagia tu subjektif. Kita boleh buat diri kita bahagia walaupun kita tak ada kelebihan yang orang lain ada. Kita mampu cipta kebahagiaan sendiri . Setiap manusia dijadikan istimewa. Yakinlah bahawa Allah mencipta kita sebagai makhluk unik dengan sebaik-baik kejadian. Mungkin pada pandangan kita, orang lain punya kelebihan. Dia pandai, dia handsome, dia kaya, dia cantik, dia kuat, dia macam-macam lagi la..sebab tu dia bahagia. Bagi aku tak macam tu. Sebenarnya, bila kita tengok orang lain dengan tanggapan macam tu, orang yang kita tengok tu juga punya tanggapan tersendiri pada kita. 


Manusia tak pernah puas dengan nikmat yang Allah berikan. Sebab tu manusia sentiasa mencari kelebihan dalam diri manusia lain sebagai sandaran. Dia ada 2 buah banglo, 1 bijik BMW, 1 bijik Honda Accord, 1 bijik Ferrari, sorang pakwe macam Lee Min Ho, ada company Goyang Kaki Sdn. Bhd dan ada 5 orang gaji, maka dia nampak sangat-sangat bahagia. Jadi kau kena ada semua yang dia ada tu baru kau akan rasa sangat kuasa lima bahagia? Macam tu? Kalau macam gayanya, sampai bila-bila la tak bahagia..huh!


Lawa kan?


Honda Accord. smart kan? :D
Manusia tidak akan melihat kebaikan dan kelebihan pada dirinya sekiranya dia tidak melihat dengan kaca mata syukur,reda dan qanaah (kepuasan hati dengan rezeki yang Allah kurniakan). Sepanjang masa dihabiskan dengan mengagumi orang lain tetapi tidak menyedari kalebihan diri yang Allah berikan. Jadi, sampai bila-bila pun manusia tu tak akan puas, bersyukur dan merasakan kedamaian hati yang membawa kepada bahagia. Sebab tu dia asyik pertikaikan 'bila lah aku nak bahagia'. 


Sebenarnya untuk bahagia kita kena pandang orang yang lebih susah dari kita. Bukanlah untuk riak yang kita mempunyai kelebihan berbanding mereka. Tapi untuk belajar bersyukur dengan apa yang kita ada. Untuk belajar berhenti merungut yang kita masih tinggal di rumah teres, sedangkan ada yang tidak punya rumah untuk tinggal. Belajar menerima yang kita sudah cukup sempurna sedangkan ada yang tidak mempunyai kaki, tangan, buta, pekak, bisu dan sebagainya. Belajar bersyukur kita dapat makan tiga kali sehari sedangkan ada orang yang hanya boleh minum susu sahaja meggunakan tiub. Bukankah itu sudah cukup untuk buat kita rasa bersyukur dan berbahagia dengan apa yang kita miliki? 


tak bahagia lagi kah kita? tak bertuah lagi kah kita?

sampai ada yang membazirkan makanan.
No matter how good somebody's life looks from the outside. You can be sure there's something in it that you wouldn't want to have in your life. Kadang-kadang orang yang nampak lebih bahagia dan lebih senang dari kita pun di uji jugak. So, untuk bahagia itu senang kan? Bersyukur. Terima diri kita seadanya kerana orang lain juga teringin untuk ada di tempat kita. 




p/s: Post ni sakadar perkongsian dan peringatan untuk diri aku sendiri juga :)