Thursday, September 29, 2011

~ Leave him for the sake of Allah~


Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH.. Tidak akan sempurna cinta insan tanpa anugerah cinta ilahi, tidak akan tenang hati insan tanpa belas kasih ilahi. Yang menganugerahkan rasa cinta pada hati setiap manusia agar terus mawaddah wa rahmah sesama insan. Hadirnya cinta insani pada diri setiap manusia adalah sebagai ujian. Menguji sejauh mana cinta manusia itu membawa kepada cinta Allah dan Rasul-NYA. Menguji sejauh mana cinta insani mengukuh keteguhan iman manusia melawan godaan nafsu dan syaitan. Menguji sejauh mana cinta manusia itu membimbing jalan ke syurga. Setiap insan mendambakan kekasih hati dan teman hidup yang soleh dan solehah yang mententeramkan jiwa..penyejuk mata penawar duka penghibur lara.
Namun kehadiran seorang insan telah menggamit kasih, menegur perasaan dan menyapa iman. Namun masih ku nafikan akan rasa yang hadir. “kalau awok  lepaskan dia, belum tentu lagi pas nh jumpe orang yang macm dia.. awok pikir betul2..pikir betul2..” tegur seorang  sahabat dengan penuh ketelitian.  Namum masa ke semasa terus di fikirkan dan membiarkan insan ini terus hadir dalam hidup memenuhi ruang hati dan waktu. Bahagia.. satu daripada rasa yang hadir saat hadirnya dia..tapi.. sampai bila??? Ni ke waktunye?? Memang nak cam nh ke???ok ke??camne pandangan org??Persoalan yang sering mengetuk minda supaya berfikir.. orang kate bercinte lepas kawen ni lagi bahagia…betul ea?? Akakpun ade cakap macam tu..betul la..kalau tak masakan Allah menjadikan pernikahan sebagai rantai ikatan kasih sayang buat lelaki dan wanita. Indah kan islam?? Sangat!!! Namun segalanya ynag berlaku telah dirancang oleh Allah.. ku pilih untuk berhenti disini.. “ishhkk..kejamnye” “sampainye ati, tak pikir ke hati orang lain” “pentingkan diri sendiri betul!!”amboi..sampai cam tu skali marah ea. Bukan terlalu memilih..sebab memang tau diri sendiripun bukan nye baik sangat,cantik sangat,pandai sangat, solehah sangat.. tapi sebab diri begitu penuh kekurangan begitu jauh dari ilahi..yang sentiasa melakukan dosa yang masih bertatih memahami erti cinta.. namun bukan hanya cinta insan yang didamba malah cinta ilahi.. Bukan ke Wanita tu fitnah terbesar bagi laki2..?? da pikir dengan bersungguh2..bialah sakit hati sampai nak menagis..demi menghindari diri menjadi punca fitnah buatnya.. relakan dia pergi..  hanya dapat bergantung harap akan rahmat dan kasih sayang NYA agar hati terus kuat dan tenang serta mendapat redhaNYA.. cinta yang tanpa kepastian hanya memberi kekecewaan kerana  realiti tak seindah fantasi. Berpijaklah dibumi yang nyata wahai kaki dan bagunlah wahai jiwa yang hanyut agar tidak terus terhanyut pada yang dusta.. lihatlah kebenaran dari mata yang indah dari ciptaan ilahi. Ukurlah dengan iman dihati. Namun apa yang mampu hanyalah memberikan kasih sayang  dengan doa agar dia terus dipelihara.



Ya Allah, jika dia benar untukku dekatkan lah hatinya dengan hatiku, jika dia bukan milikku redhakanlah hatiku dengan ketentuanmu.”

Hati terus dipujuk dengan kata2 yang membina agar tidak terus dikejar penyesalan malah kebahagiaan. Bahagia dapat selamatkan dia.. “tak risau ke kalau die suka kat orang lain, xpon pergi kat orang lain nati?” “tak nyesal ke lepaskan die” “pas ni tak dapat la dengar suare die lagi” “ tak dapatla tau cite die dah” “tak takut rindu ke?” “camne kalau die kecewe? Kesian die”.amboi dan2 je kan.. tu sume tu bisikan2 syaitan.. yang penting yakin Allah pelihara die. Biar die kecewa sebab kite nk selamatkan die jangan biarkan die kecewa suatu mase nanti sebab kite yang penyebab kehancuranya.

“ Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)

Kalau satu hari nanti die nk pegi kat perempuan lain tak pe la.. itu lumrah, patah tumbuh hilang berganti.. terime je walau pahit..sebab dia bukan milik kite.. sebab Allah ade jodoh yang terbaik untuk kite..

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )

Cukuplah cintai dia dalam diam.Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.. Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..




Kadang – kadang,
Bila dia menolak,
Bila dia menjauh,
Bila dia mengelak,

Bukan sebab dia membenci kamu…
Bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
Bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…

Tetapi kerana dia tahu,
Dan kerana dia sedar,
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,
Walaupun dia punya rasa yang sama.


Dia melakukan itu,
Kerana tak mahu ‘merosakkan’ kamu….Kerana tak mahu kamu terfitnah oleh dirinya…
Fahamilah dia,
Maafkanlah dia.

No comments:

Post a Comment