Hello people..
Anda semua sihat? Anda semua bahagia? Anda semua gembira? Anda semua menikmati hidup dengan penuh ceria? Aku doakan korang semua bahagia.
Bagi aku, bahagia ni subjektif. Macam orang kata 'cantik itu subjektif'. Ada orang walaupun dia tak punya apa-apa tapi dia bahagia. Ada orang yang punya segalanya dan sangat berbahagia. Ada orang yang rasa bahagia bila disayangi. Ada orang yang rasa bahagia bila dia dapat apa yang dia nak. Ada orang yang rasa bahagia bila tengok orang lain bahagia. Ada orang yang rasa bahagia bila berjaya. Subjektif kan? Tak semua orang bahagia atas sebab yang sama.
Pernah tak bila korang tengok orang sekeliling korang dan terdetik di hati 'wah, bahagianya dia' @ 'wah, bertuahnya dia'. Contohnya bila tengok kawan korang ada 1 set lengkap iPod, iPad, dan iPhone? Then terdetik kat hati 'ni kalau aku dapat semua tu mesti aku la orang yang paling bertuah kat dunia ni'. Tapi betul ke korang bertuah? Maybe la, kalau semua tu dapat free, sape tak rasa bertuah kan? Tak pun kalau korang tengok pakwe kawan korang handsome
Ini Alex Pettifer :) |
Manusia tak pernah puas dengan nikmat yang Allah berikan. Sebab tu manusia sentiasa mencari kelebihan dalam diri manusia lain sebagai sandaran. Dia ada 2 buah banglo, 1 bijik BMW, 1 bijik Honda Accord, 1 bijik Ferrari, sorang pakwe macam Lee Min Ho, ada company Goyang Kaki Sdn. Bhd dan ada 5 orang gaji, maka dia nampak sangat-sangat bahagia. Jadi kau kena ada semua yang dia ada tu baru kau akan rasa sangat kuasa lima bahagia? Macam tu? Kalau macam gayanya, sampai bila-bila la tak bahagia..huh!
Lawa kan? |
Honda Accord. smart kan? :D |
Sebenarnya untuk bahagia kita kena pandang orang yang lebih susah dari kita. Bukanlah untuk riak yang kita mempunyai kelebihan berbanding mereka. Tapi untuk belajar bersyukur dengan apa yang kita ada. Untuk belajar berhenti merungut yang kita masih tinggal di rumah teres, sedangkan ada yang tidak punya rumah untuk tinggal. Belajar menerima yang kita sudah cukup sempurna sedangkan ada yang tidak mempunyai kaki, tangan, buta, pekak, bisu dan sebagainya. Belajar bersyukur kita dapat makan tiga kali sehari sedangkan ada orang yang hanya boleh minum susu sahaja meggunakan tiub. Bukankah itu sudah cukup untuk buat kita rasa bersyukur dan berbahagia dengan apa yang kita miliki?
tak bahagia lagi kah kita? tak bertuah lagi kah kita? |
sampai ada yang membazirkan makanan. |
p/s: Post ni sakadar perkongsian dan peringatan untuk diri aku sendiri juga :)
No comments:
Post a Comment