Saturday, October 29, 2011

Pelajaran Kehidupan


Assalamualaikum.

Selamat hujung minggu. Apa korang buat hujung minggu ni? Bercuti? Enjoy? Shopping? Buat esaiman/report/proposal? Or tak buat apa-apa? Tak kisah apa pun yang korang buat asalkan perkara itu memberi kebaikan kepada korang:)

Kali ni aku cuma nak kongsikan sebuah hadis yang aku baru baca dalam buku "U TURN KE JALAN LURUS" karangan Zul Ramli M.Razali.


Berfirman Allah Taala yang bermaksud:

"Aku naik saksi terhadap zat-Ku sendiri bahawa sesungguhnya tiada Tuhan kecuali Aku yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Ku dan Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Ku.

Barang siapa yang tidak redha atas ketentuan-Ku, tidak sabar atas ujian yang Aku timpakan, tidak bersyukur atas atas nikmat-Ku dan tidak memadai dengan pemberian-Ku, sembahlah Tuhan selain dari Aku.

Barang siapa yang berpagi-pagi dengan perassan dukacita terhadap kehidupan dunianya, seolah-olah dia itu berpagi-pagi dalam keadaan memarahi-Ku. Barang siapa membantah atas musibah yang Aku timpakan kepadanya, sesungguhnya dia telah membantah-Ku.

Barang siapa bertemu dengan orang kaya lalu merendah diri kerana kekayaannya, maka berkuranglah 2/3 daripada agamanya. Barang siapa yang memukul mukanya kerana meratapi mayat, seolah-olah dia mengambil panah untuk membunuh-Ku. Barang siapa yang mematahkan kayu di atas kuburan kerana meratapi kematian, seolah-olah dia menghancurkan pintu Kaabah-Ku dengan tangannya.

Barang siapa yang tidak menghiraukan dari jalan mana dia memperoleh makanan (halal atau haram), maka Allah juga tidak akan hiraukan untuk memasukkannya melalui mana-mana pintu neraka. 

Barang siapa yang tidak meningkatkan agamanya, maka dia orang yang kurang, maka mati itu lebih utama baginya.

Barang siapa yang tidak mengamalkan apa-apa yang dia tahu nescaya Allah akan mengurniakannya ilmu yang dia tidak tahu. 

Barang siapa yang memanjangkan angan-angannya, tidak ikhlas akan amalannya."

(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali:  
al-Mawa'iz Fil  Ahadis  al-Qudsiah)


Kita hanyalah satu titik yg lebih kecil dari skala 'pico' yang menumpang di alam ciptaan-Nya.


MasyaAllah..

Kita hanyalah hamba yang lemah. 

Setiap hamba pasti akan diuji. Ujian tu menunjukkan yang Allah masih sayang kan kita. Cuba kalau kita tak pernah diuji. Mesti kita akan lalai dengan dunia kan? Tak ingat nak cari Allah, sedangkan Dia yang bagi semua nikmat dan kesenangan yang kita nikmati masa tu. So, hubungan kita dengan Allah pun makin jauh. Sebab tu Dia uji kita, sebab nak kita sentiasa dekat. Jadi walaupun hakikat sebenar untuk jadi seorang yang sabar tu susah, kita kena cuba, kena usaha. Allah tak tengok hasil yang kita dapat, tapi Dia tengok usaha. Kat situ la kita boleh tengok setakat mana kita sabar dan syukur dangan ujian dan nikmat-Nya.

Agak-agak ada tak orang yang bangun pagi tanpa berdukacita terhadap kehidupan dunia dia? Ermm, aku rasa ada. Tak kisah lah tu, ada satu fakta, waktu pagi adalah waktu untuk perkukuhkan minda, emosi dan hati. And tidur lepas subuh tak elok. Aku rasa ramai yang tahu pasal ni kan? So, kalau kita bangun pagi-pagi je dah serabut dengan macam-macam urusan dunia yang mendukacitakan, secara tak langsung minda, hati dan emosi kita pun jadi tak stabil sebab kita dah mengurangkan sifat redha pada ketentuan Allah untuk kita. Sepatutnya bangun pagi-pagi ucapkan syukur pada Allah sebab boleh sedut oksigen yang Dia bekalkan dan berdiri kat bumi milik Dia. Tak gitu? Fikir-fikirkanlah.. 

Yang pasal mengagumi kekayaan/kelebihan orang lain ni boleh refer kat sini


Anda pernah kehilangan orang yang anda sayang? Macam mana rasanya? Sedih kan? Sakit kan? Tapi itu lumrah hidup. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Aku pun ada pengalaman tu. Tapi masa tu aku tahu aku tak boleh meratapi pemergian arwah ayah aku. Umi aku dah pesan,jangan meratap. Bermulanya mayat itu diazab dalam kuburnya sebab diratapi ke atasnya (Riwayat al-Bukhari). Kalau menangis pun sekadar mengalirkan air mata, ia dibolehkan kerana Rasulullah S.A.W juga mengalirkan air matanya apabila anaknya Ibrahim meninggal. Jadi, aku harap nanti korang kuat sekiranya diuji dengan kematian orang yang korang sayang. Tak bermakna kita tak menangis beria-ria tu kita tak sayang kan. Kalau betul-betul sayang, ingat dia dalam doa kita 5 kali sehari, itu yang terbaik.


Sebenarnya, bumi Allah ni sangat luas untuk kita cari rezeki/makanan yang halal. Bergantung kat diri sendiri je. Makanan adalah keperluan jasmani kita, manakala ibadah adalah keperluan rohani kita. Sabda Rasulullah S.A.W: Demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya soerang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya 40 hari (riwayat Tabrani). Jadi, kalau kita makan makanan yang haram, hanya badan kita yang mendapat keperluanya, tapi hati kita 'kelaparan' sebab ibadah tak diterima. Dan sebagai pelajar, kita wajib jaga makanan yang masuk perut kita. Kalau dah termakan makanan haram/sumbernya haram, ibadah kita dah tak diterima, hati jadi gelap, belajar susah nak masuk. And then sibuk duk salahkan subjek tu susah nak mati. Related kan?

Semua orang semakin meningkat umur. Errr, ke ada yang tahun ni umur dia 21, tahun depan jadi 20? I pun nak kalau macam tu..huhu. Secara umum, selari dengan pertambahan umur,maka sepatutnya ilmu, kefahaman, penghayatan dan pengamalan agama juga perlu meningkat. Dunia ni kan hanya persinggahan. Jadi peningkatan amalan kita adalah sebagai bekalan untuk akhirat nanti. InsyaAllah. Begitu juga dengan ilmu pengetahuan untuk kita hidup kat dunia ni pun kena ada peningkatan supaya maju. Kalau niat tuntut ilmu tu kerana Allah pasti dapat pahala.Tapi kalau ada ilmu tak amal tak guna jugak. Jaminan Allah untuk bertambah ilmu seseorang ialah dengan cara mengamalkan setiap yang dia ketahui. 

Anda kuat berangan? Berangan tu boleh, tapi disebalik angan-angan tu kena la ada usaha nak capai angan-angan tu. Jangan la berangan benda yang takde faedah. Contohnya,korang sedang tunggu bas nak balik kolej, then ada sebuah Honda Accord lalu depan korang. Wah! Giler smart Honda Accord tu. Pas tu anda pasang angan-angan satu hari nanti nak beli Honda Accord jugak. Nak beli Honda Accord kena dapat kerja yang mantap dulu. Nak dapat kerja mantap, kena dapat PNGK mantap. Nak dapat PNGK mantap kena belajar dengan mantap. So, sampai je kolej terus study. Haa, angan-angan yang macam ni bagus. Kalau dah ada usaha, bukan setakat Honda Accord, kapal selam pun boley *saje nak guna contoh Honda Accord sebab sekarang tengah minat Honda Accord ("-_-)*. Cuma ingat la, jangan berangan sampai lalai  pada tanggungjawab kita yang lain.

p/s: Sekadar perkongsian dan ingatan untuk diri sendiri juga.


p/s 2: farah/nisa ada tajuk yg sesuai? tukar la kalau ada..heee :D

No comments:

Post a Comment