Wednesday, February 16, 2011

maulidur rasul~

Maulidur Rasul adalah suatu hal yang amat digalakkan sebagai wasilah bagi melahirkan kecintaan dan kerinduan kepada baginda Nabi Muhammad. Mengapa kita wajib mencintai Rasulullah? Kerana baginda sememangnya wajar untuk dicintai dan dikasihi. Hal ini ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam firmannya yang bermaksud:

Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu nabi-nabi, para shiddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itu teman yang sebaik-baiknya – (surah an-Nisa’: ayat 69). 

Kita tidak perlu mempertuhankan baginda malah tidak juga disuruh berbuat begitu, namun apa yang Kita perlu hanya mengatakan bahawa baginda seorang hamba Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, Kewajipan umat baginda hanyalah mengarahkan perhatian kepada baginda dan mengikutinya dengan sebaik-baiknya.

Baginda pernah bersabda yang bermaksud: Janganlah kamu seperti orang-orang Nasrani yang menganggap nabi mereka, Nabi Isa putera Mariam sebagai Tuhan atau anak Tuhan.

Sesungguhnya aku hanyalah hamba Allah dan RasulNya.
Justeru, mencintai Rasulullah menjadi suatu keharusan dalam konteks iman. Ia menjadi prinsip, bukan pilihan suka atau tidak suka... Seorang Muslim perlu menyimpan rasa cinta kepada Nabinya, seberapa kecil sekalipun... Idealnya, mencintai Rasulullah lebih daripada segala sesuatu yang dia miliki, bahkan dirinya sekalipun. 

Dan itulah pada hakikatnya iman yang paling sempurna.
Sabda Nabi yang bermaksud: Tidak beriman seseorang sehingga aku (Nabi) lebih dia cintai daripada dirinya sendiri.
Nah apa yang ditunggu lagi.. Marilah sahabat-sahabat sekalian menghidupkan sambutan Maulidur Rasul dengan penuh rasa penghayatan dijiwa

No comments:

Post a Comment