Sunday, June 10, 2012

Belajar itu seronok :)

Assalamualaikum :) 

Anda sihat? Aku sihat fizikal, tapi mental sedikit terganggu dek kerana exam. Eh eh wait! Jangan korang pikir aku sakit mental lak. Takde la..bila menghadap nota-nota ni rasa susah pulak subjek yang nak kena study tu. Nak kata tertekan tu tak la..tapi dalam fikiran ni dah buat mindset 'susah', tu pasal yang jadi mental terganggu. 

Ok, hari ni nak cakap pasal cara belajar yang efektif. Tapi apa yang bakal korang baca ni tak semuanya boleh 'fit' dengan cara korang. Just a simple guide perhaps. When I come to think about this post, it is a bit awkward to write a post about the way to study when we are going to leave this 'studyhood' soon. Awal-awal dulu tak nak pulak buat kan. Takpe la, ini boleh di anggap sebagai summary daripada pengalaman aku belajar selama ni. 

1. Niat 
Pertama sekali kena la betulkan niat dulu. Niat belajar kerana Allah dan kerana ilmu itu sendiri. Secara jujurnya memang la semua orang study sebab nak lulus exam kan? Tapi cuba fikir betul-betul, sebelum kita sampai ke peringkat di mana kita berada sekarang, siapa yang bagi kita keupayaan untuk tuntut ilmu tu? Allah kan? Ke ada yang kuar dari perut mak dia terus tahu apa itu Newton's First Law? Takde kan kan? Ok, disebabkan itu memang wajib kita betulkan niat kita, InsyaAllah mudah-mudahan niat yang betul buat kita lebih senang untuk study.




2. Doa
Masa belajar kat sekolah dulu, mula dari tadika sampailah sekolah menengah, setiap kali cikgu masuk je mesti kita akan berdiri bagi salam kat cikgu dan baca doa kan? Kalau masa tadika doa tu siap ada irama, dekat 5 minit baca doa saja. Tapi bila dah masuk A-level kat Uni dah takde dah adab membaca doa tu. Nasib kalau ingat baca sendiri sebelum mula kelas, tapi banyak yang tak ingat dah la, my mistake..alpa sangat (-_-'). Apa yang kita nak study tu semuanya ilmu dari Allah, so apa salahnya mintak dari Dia semoga kita dipermudah untuk faham, ingat & aplikasi ilmu tu kan? Tak rugi pun, tak sampai 5 minit pun nak baca doa.


3. Masa
Masa ni sebenarnya subjektif. Setiap orang ada masa efektif yang tersendiri. Emm, sebagai contoh, masa yang paling efektif bagi aku sendiri ialah awal pagi/sebelum subuh. Walaupun masa tu tak panjang sangat tapi apa yang aku belajar time tu lebih senang untuk faham dan ingat. Tapi dugaan nak bangun pukul 4 pagi tu memang hebat lah kan. Kadang-kadang kunci jam kul 4 tapi sedar-sedar dah subuh. Kebetulan pulak exam kul 8 pagi dan banyak lagi tak baca, mula la nyesal..tapi itu jadi kat diri aku je la sebab study last minit sangat..sila jangan contohi tabiat study last minit ni..tak elok tuk kesihatan :). Ada orang boleh study tangah malam. Ada yang boleh study bila-bila masa je. So, yang penting kena kenal pasti masa yang sesuai bagi diri anda untuk study k..

4. Tempat 
Haa..yang ni selalunya orang pilih lebry la kan untuk study. Well, that place didn't work for me..I've tried and I gave up (-_-'). Semalam baru gi lebry ngan Cik Nisa kononnya nak cuba study kat lebry lah..tapi..hurmmm..baik aku study kat bilik je. Ok, tempat nak study ni tak semestinya lebry je. Asalkan tempat tu kemas, bersih dan tak ada gangguan yang tak sepatutnya ok la untuk study. Kalau boleh meja study kat bilik sendiri tu pastikan sentiasa kemas, susun buku elok-elok..camtu pun leh rasa macam study kat lebry apa..for me lah..hehe. 


 Lebry UKM, tekun menelaah :D

5. Rajin menulis
Bila membaca tu rajin-rajinkan diri untuk tulis poin-poin penting yang kita baca tu. Bukan apa, bak kata lecturer kitorang, bila kita dengar je, kita mudah lupa, bila kita baca je pun kita mudah lupa, tapi bila kita buat/tulis sekurang-kurangnya leh bantu kita dalam proses mengingat. Dan aku setuju..seingat aku lah kan, kalau aku tulis balik nota tu, at least kat dalam dewan exam aku boleh ingat la yang aku pernah tulis topik tu..walaupun in the end aku tak ingat apa isi yang aku tulis..kesian. Tapi, InsyaAllah, bila kita tulis poin penting yang kita baca, selalunya kita boleh perah otak untuk ingat balik. But remember, write the important point only. Tak perlu karang panjang-panjang sebab paling kurang bila ingat poin tu kita boleh 'goreng' explaination dia. Kalau nak lagi best buat la nota yang warna-warni. Orang 'psikologi' kata warna boleh tingkatkan daya ingatan kita. Aku tak pernah buat macam tu, so tak tahu betul ke tak.




6. Jaga makan, minum & tidur
Secara umumnya jaga kesihatan la. Makan tak boleh sampai kenyang sangat, nanti datang penyakit malas. Katil kat tepi nampak lagi menarik dari nota/buku kat depan mata. Ehemm..kurangkan makanan segera ok. Fenomena kat Uni bila dah hujung semester semua nak catu duit, siap buat bekalan megi lagi. No no no, that's not good. Minum air masak yang cukup, supaya badan tak dehydrate..nanti kan tak pasal-pasal boleh demam. Tidur biar cukup, tapi jangan lebih, nanti otak jadi lembap, belajar pun susah nak paham. 


7. Ibadah lain jangan abaikan
Dalam masa sibuk study tu luangkan lah masa untuk dating ngan Allah lebih sikit. Buat solat-solat sunat mintak dipermudahkan segalanya. Baca nota,nota jugak tapi Al-quran jangan abaikan. Kalau ada yang rasa tak cukup masa nak buat ibadah sebab terlalu sibuk study nak exam, dia antara orang yang rugi. Sebab time ni la kita nak dekatkan diri dengan Allah.



‘Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku (Allah) akan perkenankan’ (Surah Ghafir 40:60)

Berdoa, bukan memberitahu Allah apa yang kita pinta kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui. Doa ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhan-Nya.



Sentiasa ingatkan diri kita, Allah tengok usaha kita, bukan hasilnya. Bila kita dah usaha, doa & mintak pada Allah semoga usaha kita diberi hasil yang terbaik. Yakin dan tawakal bahawa Allah sentiasa ada untuk bantu kita dan Dia tahu yang terbaik untuk kita. Wallahua'lam. 






Semoga apa yang dicoretkan disini membantu anda sedikit sebanyak dalam menghadapi exam. InsyaAllah :)

1 comment:

  1. assalam..saya dapat upu kos sains bahan jugak..dkat um..akak2 da tau da ape pluang kerjaya kos ni?saya betul2 x tau psl kos ni..cerah x pluang?blaja psal ape ye?

    ReplyDelete