Tuesday, June 5, 2012

Kembali setelah menyepi selama 6 bulan :)

Assalamualaikum! Dah lama tak menjenguk blog sendiri. Buktinya bila sign in blog kuar dashboard pesen baru terus gabra ingat salah masuk page. Pastu dah tahu mana nak tekan, tilik lama-lama skrin laptop baru dapat jumpa link 'view blog'..haha. Kesian kan? Bila tengok tarikh kat post terakhir tu, baru sedar rupanya dah 6 bulan tak update blog sendiri..ish ish ish.. 

Maaflah, kami betul-betul sibuk. Dan hari ni sebenarnya adalah hari separa-merdeka bagi kami secara rasmi. Petang semalam dan pagi tadi kami telah berjaya mengharungi 'situasi' yang kami 'takuti' sejak dari tahun 1 lagi. Err..VIVA tesis je sebenarnya, bukan apa pon. Tapi nak VIVA tu berdebar dia rasa macam berdebar nak ngadap tok kadi untuk akad nikah je. Eh? Ok, itu tipu. Kami semua perempuan dan memang takkan mungkin ada pengalaman akad nikah tu. Tapi punya la berdebar tu sampai tak tahu nak gambarkan macam mana. Tapi, Alhamdulillah, akhirnya dah selesai pun VIVA tu. 

Emm..sebenarnya banyak nak kongsi sepanjang 6 bulan tak update ni. Tapi memang tak sempat nak cari masa plus kesuntukan idea nak buat karangan. Ok, itu memang masalah Cik Ila la..tak pandai nak mengarang. Tak mampu nak salahkan sape-sape..hehe :). Tak sangka, pejam celik kami dah sampai ke hari-hari terakhir berada di UKM sebagai mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Sains Bahan. Betul, tinggal tak sampai sebulan lagi masa kami kat UKM ni. Sangat cepat masa berlalu. 

Tahun ni, tahun terakhir kami kat sini, banyak sangat ilmu yang kami dapat. Masa tahun 3 ni..Allah telah gerakkan hati aku untuk join usrah or aku lebih suka guna term 'bulatan gembira' kat sini :). Sangat banyak perkongsian dalam bulatan gembira tu yang aku nak kongsi. Tapi, tak boleh nak kongsi semuanya dalam 1 post la kan. Semoga Allah bagi ilham dan peluang untuk aku, Cik Nisa & Cik Farah bercerita tentang apa yang kami belajar dalam bulatan gembira tersebut kat blog ni di masa depan.

Dalam banyak-banyak, ada sesuatu nak kongsi, iaitu tentang amanah & tanggungjawab. Dan ia berkaitan dengan kewujudan blog ini sendiri. Setiap muslim kat atas dunia ni lahir dengan 1 amanah iaitu sebagai khalifah Allah. Aku bukanlah nak cerita tentang apa itu amanah. Cuma nak tekankan kat sini, setiap perbuatan yang kita lakukan adalah tanggungjawab kita. Maksudnya, kalau kita pegang amanah sebagai khalifah Allah, kita kena la buat tanggungjawab yang Allah suruh kan? Bila buka blog ni tadi, terdetik untuk skrol balik ke bawah tengok post yang lepas-lepas especially post zaman muda-muda remaja dulu (sekarang pon remaja lagi ok, jangan pikir aku dah tua, baru 20-an :D). Dan bila tengok post aku sendiri terutamanya, aku sedar yang post-post aku dulu-dulu..pasal 'grenade la', 'nak suami macam joe la'..ok,  I admit that was sooo not beneficial. 

Mula-mula masa nak buka blog ni pun niat di hati tak berapa betul. Kononnya nak kongsi kisah hidup kami la..mungkin lebih kepada kehidupan kat kampus dan lain-lain. Masa tu tak berapa sedar yang aku bawak tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Just sedar yang kita kena buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. Memang kurang kesedaran bahawa apa yang aku sampaikan kat blog mungkin boleh jadi medium untuk aku sampaikan amanah & tanggungjawab aku. So, kalau dah merapu merepek pasal benda lain yang tak bermanfaat memang dah tak jalankan amanah dengan betul la kan. Takut jugak nanti kat akhirat akan dipersoalkan apa yang aku tulis kat blog ni bagi kebaikan, keburukan or just nothing. Kalau boleh biarla saham dari apa yang aku tulis kat blog ni adalah saham untuk timbangan sebelah kanan, InsyaAllah. Dan konsep sama jugak boleh apply kat fesbuk & twitter. Lets makes the sharing worth something good :) 

Dan kat sini juga, aku nak mohon maaf kalau apa yang aku tulis kat blog ni tak beri manfaat pada pembaca. Semoga lepas ni bila ada orang baca blog ni, dia akan mendoakan pemilik blog ni diberi ilham dan mampu berkongsi ilmu, pandangan or pengalaman yang boleh bagi manfaat kepada semua k :) 

p/s: maaf tak cari gambar nak tambah seri :p lain kali ye :)

No comments:

Post a Comment