Friday, October 7, 2011

Aku sedang belajar

Assalamualaikum..
Hai readers! 

Just a short update. Life is still going on. Sedar tak sedar dah dekat sebulan kami kembali ke UKM. Tajuk thesis dah dapat. Assignment semakin bertambah dari semasa ke semasa. Sedar je bahawa tahun akhir adalah tahun paling sibuk, tahun paling stress, tahun paling bla bla bla.. Tekanan sebagai pelajar tahun 3 semakin dirasai. Tapi, satu kerja pun tak buat. Entah kenapa En. Mah'mood' tak nak datang lagi..haisshhh! Kemana la 'dia' menghilang. 



Aku mencari semangatku yang hilang. Mencari diriku sendiri. Tahun berganti, umo dah semakin meningkat, tapi masih banyak yg perlu diperbaiki..step by step. Belajar untuk jadi seorang yang bersabar. Belajar untuk menghargai diri sendiri. Belajar untuk jadi kuat inside and out. Belajar untuk bertanggungjawab. Belajar untuk ikhlas dan memaafkan. Belajar untuk lapangkan dada dengan segala dugaan yang menimpa. Belajar untuk jadi positif. Belajar untuk memberi dan menerima. Belajar untuk bersyukur dengan apa yang dikurniakan. Belajar untuk menghargai. Belajar untuk jadi yang terbaik. Tapi aku tahu, walau macam mana pun aku belajar, aku tak akan dapat jadi yang  terbaik untuk semua orang. Cuma, aku cuba untuk jadi hamba-Nya yang baik. Cuba belajar semua tu kerana Allah. Sebab semua yang aku belajar adalah ilmu dari-Nya. Sebab pada akhirnya pada Dia juga tempat aku meminta. 

Tapi kan, bila kita dah nekad nak buat benda-benda yang baik, selalu je ada yang menghalang. Contohnya, masa cuti panjang ari tu bukan main semangat nak belajar, siap buat jadual, nak kurangkan online. Tapi bila sampai masanya, tak pulak jadi macam yang dirancang. Ye lah, itu memang salah diri aku sendiri sebab pemalas. Oh ya, aku juga sedang belajar untuk jadi rajin. Tapi dugaannya memang laa, makin malas yang menjadi-jadi. Syaitan kan memang tak senang duduk kalau kita dah berniat nak buat benda baik..ishhh. Naa..its all up to ourself rite? Yeah! Semuanya bergantung kat diri aku sendiri. Dan aku memang perlu belajar jadi rajin supaya aku dapat timba sebanyak mungkin ilmu. Well, secara logiknya kita tak akan berhenti belajar sampai bila-bila pon. Life is a learning process. So, sama-sama la kita belajar ye..

Aku sedang belajar melawan angin yang kadang-kadang meniup aku ke arah yang salah~


Thats all..daa..

No comments:

Post a Comment