Thursday, March 31, 2011

Kenali 'kami'

Assalamualaikum!

Hik hik ^.^"..
Aku penat buat esaimen. Baca apa yang aku tulis dalam esaimen tu buat aku pening. Tak paham! Tapi disebabkan esaimen tu akan effect result nanti, buat2 paham jugak la konon. Sekarang dah lepas asar, orang cakap takleh study time ni..sebab tu aku duk lepak je stalking fesbuk n belog orang..heh. Act, tajuk kat atas tu bukan nak cite pasal kami pon. 

Tapi..

Nak cite pasal perempuan..hehe..
Well..kitorang kan perempuan..
So, kira post ni ada kaitan jugak la dengan kami..ngeh ngeh.. *bakpo gedik gitu suko? ish*
  • Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah.
  • Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi . 
  •  Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu anda mengenalinya dengan lebih dekat.
  •  Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda
  •    Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
  •    Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
  •   Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kekasihnya, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
  • Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana anda mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
  •   Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
  •  Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
  • Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.  


Post ini ditujukan kepada lelaki2 sebenarnya. Sebab laki n perempuan ada perangai yang sangat berbeza. Ada lelaki yang tak tahan dengan ragam2 'kami' yang kat atas tu. Aku tak mintak korang *lelaki* paham perempuan sampai tahap korang kena ikut je perempuan tu..tidak. Lelaki juga kena jadi tegas sebab nnt korang yang nak jadi leader dalam family. Juz nak mintak, at least bertimbang rasa sikit.
Oh yeah! U did have some 'timbang rasa' the first time u try to approach us. Masa mula2 nak masuk line tu semua perkara boleh ikut je kitorang...kan kan kan? 

Kalo kitorang majuk je cepat2 nak pujuk. Kalo kitorang nangis or marah pon cepat2 mintak maaf. Time tu kalo kitorang bercakap taknak berenti pon korang sanggup dengar (alasan suara kitorang sedap la konon, tak bosan dengar). Kalo main SMS, reply tak sampai seminit pastu sampai sanggup tak tido, call pon tak kesah kredit abis. Kalo boleh ari2 nak jumpa. Tiap2 hari anta mesej tanya buat apa, dah makan belum, rindu tak..bla bla bla.. Memang caring habis la korang. N time tu jugak la kitorang terpikat..*perempuan perempuan -_-"

Yes, u really did that things the for the first three month perhaps?..

Lepas tu..semua yang aku tulis kat atas tu dah makin berkurang. Kalo majuk je, "ish, suka sangat majuk, penat ah nak pujuk". Kalo nangis or marah terus tak reply mesej or tak angkat call. Kalo time kitorang bercakap masuk telinga kanan kuar telinga kiri, bila tanya balik "eh, lupa la apa awak cakap". Kalo anta SMS, berjam-jam baru reply, call lak time dapat kredit free time birtthday je. Mesej pon kita tanya sepatah, dia jawab sepatah. Time birthday dah tak jadi orang first yang wish, tapi jadi orang last. Kalo call or mesej tanya tengah buat apa, jawabnya "men DOTA, k ah, sambung len kali". Kalo ditanya "nape awak dah malas nak layan saya macam dulu?", jawabnya "dulu nak ngorat awk, kena la tunjuk caring sikit, sekarang dah dapat..standard la tu"..ouch, such a lovely answer kan. Haha..tu baru beberapa bulan..kalo beberapa tahun?

Romeo-romeo sekalian..kalo anda rasa anda tak boleh nak maintain layan kami macam mula2 anda tackle kami dulu, tak payah ngada2 nak buat2 caring. Kami tuntut sifat caring anda tu sampai bila2 tau, bukan time korang tackle kami je. And bila kami tuntut sifat caring 'pura2' korang tu, mula la korang nak rasa rimas. Yang buat 'ter'lebih caring awal2 tu sape suruh?  

Aku ada baca 1 cerpen kat langit ilahi, ada dialog yg menarik perhatian aku:


“Takut awak bosan tasmi’ saya selalu. Banyak salah, mesti bosan.”
Aku menggeleng. “Mana ada. Mana boleh bosan? Hidup kat dunia sekejap sahaja, kalau saya bosan dengan awak, habislah.”
“Kenapa? Apa kaitan dengan duduk dekat dunia?” Wajahnya kehairanan.
“Yalah. Sebab saya nak awak duduk dengan saya di syurga. Syurga selama-lamanya. Kalau di dunia yang sementara lagi sekejap ini saya dah bosan dengan awak, macam mana saya nak hidup selama-lamanya dengan awak di syurga?”

Kalo nak baca cerpen penuh kat sini

Kalo boleh kita nak hidup bersama sampai syurga..tapi kalo 3 4 tahun dah penat nak layan ragam dan kerenah kami macam mana?

Guys, this post is not an appeal..it is a negotiation.
If u want us to understand u, then u have to do the same. Fair!
We know that u have ur own life, ur own feeling, ur friends n family. We didn't need ur 24 hours. Juz need a little 'care' & 'understanding'..thats all

Ngee..mesti lelaki2 yang baca post ni bengang kan? Ye la mana tau dia tak macam tu, dia tak tau pon apa menda alah "DOTA". Heh, ye la tu..kalo ko tak tau main pon at least ko tau DOTA tu wujud, kalo tak baik jangan ngaku ko laki..hahah! Yela2..aku tau, ada je laki yang tak macam yang aku describe tu. Sorry kalo apa yang ditulis kat atas tu buat korang marah. Aku tahu ada jugak perempuan yang layan laki macam tu.  


Ada je laki yang betul2 caring n understanding. Ada je yang baik, menghargai orang yang dia sayang, tunjuk yang dia care..tahniah diucapkan!

  

*post ini tidak ditujukan kpd sesiapa, sekadar perkongsian n luahan from a lady. Sape makan cili dia rasa pedas k, bukan rasa burger. So, jgn salahkan sesape kalo tetiba terasa pedas tu.


ok lah..nak pegi merepek pasal kaca pulak..
dada ^.^"

No comments:

Post a Comment