Tuesday, March 22, 2011

Kenapa saya?

comel kan bila En. rimau stress..mcm kucing pon ada :)

Assalamualaikum
Sekarang ni minggu ke-13 kuliah.
Lagi seminggu abis la semua kuliah kat UKM ni. *ye ke?*
N minggu ni la semua orang serabut, stress, tension, naik gila,..bla bla bla..
Ok, orang lain stress sebab tengah buat preparation tok final exam yang bakal bermula 11 April nanti..
Bagos betol la korang..mantap!
Aku ni stress sebab baru nak buat sume assignment yang diberi dari awal sem dulu.
*Well, sape suh ko tangguh keje, serve ur right! werkk!*
*Yela2..aku salah..tangguh keje.. -_-"..nak buat la ni..*
Tapi tengah2 buat esaimen PB, terpikir lak apa yg Hj Zarin cakap kat kelas tadi..
.
.
.
.
.
.
Pernah x korang rasa sangat sangat sangat down disebabkan perkara2 yang jadi kat korang?
Aku pernah..
Banyak kali jugak la..

Kenapa sume nak point kat aku!

'point' di atas bermaksud : kenapa sume ni perlu jadi kat aku!
Kenapa x orang lain?

YA.. kadang2 kita selalu mengeluh bila ditimpa ujian..
Kita selalu pertikaikan kenapa bukan orang lain yang diuji begitu..
Walaupun kadang2 ujian tu bukan lah sebesar tsunami yang melanda Jepun baru2 ni..tp kita tetap mengeluh.
Cuma, apabila disebut ujian Allah maka rata-rata manusia beranggapan ujian itu adalah dalam bentuk bala dan musibah. Ramai yang lupa akan ujian kesenangan yang datang dalam pelbagai bentuk kekayaan, kekuasaan, kesihatan dan bermacam-macam lagi. Bahkan ujian kesenangan sebenarnya lebih sukar kerana kebiasaannya manusia itu lupa kepada Tuhan tatkala dirinya mengecapi pelbagai kesenangan hidup. Apabila ditimpa kesusahan, kebanyakan manusia akan kembali menyeru Tuhannya

Hari ni, kat kuliah PB td ada belajar sesuatu. Rasanya benda tu dah pernah dengar, cuma apa yang belajar tadi macam terus lekat kat kepala je..hehe.. Manusia ni boleh dikategorikan ada dua sifat ni, iaitu pelupa dan resah gelisah. Ada ke orang yang ingat sume benda? Ada ke orang yang hidup dia aman je?  tak de kan? kan? kan?

Ye kan je. Memang x de pon. Haish..

Ok, dua2 sifat ni ada kaitan dengan ujian/ musibah/ perkara yang buat kita down tu jadi. Kenapa? Sebab kita manusia yang pelupa. Bila kita ada masalah je mesti kita akan cakap "Ya Allah, bantulah aku untuk hadapi ujianMu ini". Sepanjang masa bila kita ada masalah je mesti kita akan berdoa kat Allah. Atau dalam kata lain kita sentiasa ingat Allah bila kita ada masalah. Tapi bila kita senang, kita jadi lalai, kita lupa. Kita hanya minta pertolongan Allah bila susah. Bila dah senang tak de pulak nak mintak "tolong lah aku Ya Allah". Jadi Allah bagi kita ujian tu sebab Dia nak kita ingat Dia selalu, sabab Dia nak tunjuk yang Dia pun ingat kita bila Dia bagi kita ujian. 

Lagi satu, manusia ni ada sifat resah gelisah. Kadang2 kita resah sebab benda kecik je pon. Tapi tetap perasaan tu tak best kan? Perasaan tu pun Allah bagi sebab nak kita sentiasa ingat kat Dia. Supaya kita boleh memohon kat Dia supaya beri kita ketenangan. Sesungguhnya Allah suka mendengar hambanya meminta pertolongan. 

Allah berfirman kepada malaikat-Nya:"Pergilah kepada hamba-Ku. lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya karena Aku mahu mendengar suaranya"
(Hadis Riwayat Thabarani yang bersumber dr Umamah r.a)




Bila cakap pasal ujian ni, aku pon selalu rasa down. Tapi aku juga sedar sesuatu. Diri ini sangat lalai sebenarnya. Mudah sangat alpa dengan kesenangan yang sekejap. Bila ada masalah, aku menangis berdoa minta Allah kuatkan aku, aku minta Allah bimbing aku hadapi ujian tu. Tapi bila dah tak de ujian, aku minta doa harian biasa je dengan Allah. Tak de dah part2 air mata bercucuran kerana memohon pertolongan. Tak de dah zikir2 di bibir untuk tenangkan hati aku. 

Masa dalam kuliah tadi buat aku terfikir, aku selalu rasa down dan kecewa walaupun dengan perkara yang remeh. Dan bila aku dalam keadaan kecewa tu, aku sedar yang aku sebenarnya dah lama tak memohon pertolongan Allah. Dah lama aku hanyut dengan keseronokan dunia sampai aku lupa macam mana rasanya diuji. So, aku tahu, bila Allah bagi aku ujian tu tandanya Dia sayang aku, Dia masih jaga aku supaya tak terpesong jauh. Aku harus bersyukur sebab aku masih lagi di uji. Alhamdulillah.

"Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak Diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta  (dalam keimanannya)" (Surah Al-Ankabut: 2-3) 








No comments:

Post a Comment