Monday, April 11, 2011

KeSaKiTaN yG mElAmPaU~

Saya ingin berkongsi kesakitan yang melampau untuk masa depan kawan-kawan saya setelah berkahwin.. Saya berusia 22 tahun,telah berkahwin selama 1 tahun 3 bulan.. Ketika saya berusia 5 tahun saya mula gemar minuman berais tidak kira masa walaupun dipagi hari.. Saya mula didatangi  darah kotor pada umur 12 tahun,pada mulanya kitaran haid saya begitu teratur..Tetapi kitaran haid saya mula terjejas sewaktu saya berusia 16 tahun.. Sehinggakan ibu saya bertanggapan saya mengandung selama 3 bulan... Ibu saya berpuasa nazar selama 3 hari memohon agar diberi petunjuk oleh Allah S.W.T jika saya mengandung saat itu.. Alhamdulillah cukup 3 hari, darah kotor saya keluar dan ibu saya mempercayai kata-kata saya bahawa saya tidak berbuat demikian... 

Usia saya meningkat pada 19 tahun... Kitaran haid semakin teruk sehinggakan 5 bulan tanpa darah kotor... Perut saya membesar dan tegang dibawah pusat... Kawan-kawan saya berpendapat saya mengandung kerana saya sering muntah walhal saya muntah kerana saya mempunyai migrane dan gastrik.. Saya menafikan dakwaan itu...

Dan kini... Setelah saya berkahwin kitaran haid saya semakin teruk apabila setelah berbulan2 tidak didatangi haid,apa yang keluar adalah warna coklat bertompok-tompok dan tidaklah memerlukan tuala wanita kerana kuantiti itu cumalah sedikit dan ianya kering... Berat badan saya sebelum berkahwin hanyalah 48kg... Sekarang berat badan saya telah mencecah 59kg... Saya akui saya tidak mengikut diet yang sihat dan sentiasa minum minuman berais sehinggakan boleh kira berapa banyak dalam masa 1 tahun saya minum air panas....

Pada jumaat lepas.. Saya kedatangan haid dengan kuantiti yang sangat banyak dan saya telah mengambil ubat kesuburan yang diberikan doktor pada bulan 10 tahun lalu... Akibat dari itu, haid saya begitu banyak sehinggakan 1 pad 2 jam.. Itu pun dah sampai bocor disebabkan kepenuhan yang melampau... Pagi sabtu, setelah bangun dari tidur perut saya begitu sakit sampai pemandangan saya gelap.. Saya dihantar ke Klinik berdekatan dan saya menerima injection tetapi tidak berkesan pada perot saya.. Saya bergegas ke Hospital Serdang dan meneruskan pemeriksaan selanjutnya dan doktor tidak dapat melihat rahim saya dengan jelas akibat pendarahan yang keterlaluan itu... Darah saya keluar berketul2 dan sangatlah sakit...

Hari ini saya bertaubat dan saya tidak mahu meneruskan minuman berais lagi.. Ibu saya berpesan..Minuman dan makanan yang sejuk tidak elok bagi kaum hawa dalam proses kitaran haid.. Bagi kaum adam, pemakanan dan minuman yang masam adalah menyebabkan kelemahan diri anda dalam tenaga batin... Disebabkan inilah saya sukar untuk hamil kerana kitaran haid saya amatlah teruk... Ovum saya sukar untuk matang dan berkumpul didalam ovari sehinggalah ovari saya bengkak dan membesar sebelah...

Kebanyakkan doktor yang pernah saya jumpa, mereka bertanggapan yang sama apabila menyatakan bahawa kitaran haid yang tidak teratur berpunca dari hormon yang tidak seimbang...Malah mereka berpendapatan bahawa bukan semua wanita bermasalah begini tidak dapat mengandung.. Ia cumalah masalah yang tidak dapat kita ketahui tempoh kesuburan dan kematangan ovumnya.. Walhal wanita yang normal mudah untuk kita ketahui kesuburannya kerana kita sedia maklum bahawa selepas kita period tempoh kesuburan adalah selepas suci tetapi tidak jika wanita bermasalah itu adalah seperti saya...

Saya ingin menjadi seperti wanita lain yang sihat.. Kerana bagi saya kesihatan adalah penting untuk kita bekerja dan menjadi rezeki... Anak?? Anak anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai... Pada wanita-wanita sekalian, anda dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam pemakanan anda kerana saat anda mendapat anugerah Allah S.W.T itu.. Anda adalah wanita yang sangat bertuah kerana memiliki kesihatan dalaman yang sempurna... Saya bersyukur kerana saya  memiliki suami yang sangat menyayangi saya dan masih mempunyai kasih sayang dari ibu ayah serta mertua saya... Kelengkapan hidup saya menjadi sempurna ketika saya sentiasa sihat dan tersenyum.. Itu sudah membuatkan saya bersyukur diberikan nafas untuk meneruskan hidup...

p/s :: Ikan bilis adalah bahaya untuk wanita kerana ia menyebabkan kegatalan pada kemaluan anda jika anda melebihi kuantiti yang diperlukan...

Allah Maha Mengetahui....


faris kokoro said : ini adalah kisah benar kawan saya sendiri.. Mari kita doakan kawan saya ni bertambah sihat k..nasihat utk diri sendiri juga >.<

"Ya Allah, Kau kurniakanlah kesihatan yang sempurna kepada kawanku yg menghadapi masalah kesihatan ini,Kau sembuhkanlah dia dan rakan-rakanku yang menghadapi masalah yang sama.Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Kau murahkanlah rezki dia dan keluarga dia untuk menimang cahaya mata seperti pasangan suami isteri yang lain.Ya Allah, Kau kurniakanlahlah juga kesihatan kepada kami,kedua ibubapa kami dan semua rakan-rakan kami yang lain.Perkenankanlah doa ini Ya Allah.." ameen

sumber: fb org....hehe....share utk kebaikan bersama....insyaAllah~

2 comments: