Wednesday, April 20, 2011

zikir slps solat~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

”La ilaha illallahu wahdahu la syarikallah, Lahulmulku walahulhamdu yuhyi wa
yumit, wahua ala kulli syaiin qadir”. (Tiada Tuhan yang selayaknya disembah
dengan sebenarnya melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu baginya. Bagi
Allah seluruh kekuasaan dan untuk Allah segala kepujian. Dia menghidupkan
dan mematikan. Dan Dialah yang amat berkuasa ke atas segala sesuatu).


Diamalkan 10x setiap selesai Solat Fardhu Subuh dan Maghrib, selepas salam,
sebelum merungkaikan duduk tawarruknya dan sebelum berkata2 yang lain.

Daripada Hadith Nabi SAW, “Siapa yang membaca: ‘La ilaaha illallahu wahdahu
… hingga akhirnya, 10 kali selepas solat Maghrib dan Subuh sebelum mengubah
duduknya (duduk tahiyat akhir) maka ditulis baginya tiap-tiap satu kali sepuluh
kebajikan (pahala) dan dihapuskan sepuluh kejahatan (dosa), dinaikkan sepuluh
darjat, dijadikan bacaan itu sebagai perisai daripada segala kezaliman makhluk,
penolak kepada syaitan yang terkutuk dan tiada dosa yang merosakkannya
selain syirik dan ia menjadi orang yang utama dalam amal daripada orang lain
kecuali jika ada orang lain yang berbuat sepertinya atau lebih daripada itu.”
(H.R. Ahmad). Dalam riwayat yang lain, daripada Hadith Nabi saw, ditambah lagi
kelebihannya dengan pahalanya seolah-olah memerdekakan seorang hamba
daripada keturunan Nabi Ismail as.

Rujukan daripada kitab “Khulasoh” Al-Muhaddith Al-Alim Al-Allamah Dr Sayyid
Muhammad Bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani

ZIKIR SELEPAS SOLAT

1 comment:

  1. hahaha....sodap jar of soup korunk...hehe...sure melantak sakan mlm 2...lps nie wat r bottle of tomyam lak...ala2 aquarium 2...tetibe ade ag ikan berenang....hehe....best3

    .:meandtheonlyme:.

    ReplyDelete